+ Menu Utama
www.tawaranhebat.com
www.rebetminyak.com
www.millionairejoeblog.blogspot.com
+ Aktiviti
Bidang keusahawanan sejak kebelakangan ini telah mula mendapat tempat di tanah air kita ini. Walaupun Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 telah berlalu yang mana bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, hasil nya masih lagi tertinggal. Kedua-dua objektif tersebut secara tidak langsung akan meningkat taraf bumiputera sama ada di kampung atau pun di bandar. Ekuiti hanya tercapai lebih kurang 22% pada 1990 (matlamat 30 %). Ini termasuk ekuiti yang di pegang oleh kerajaan seperti MARA, Tabung Haji, PNB, Lembaga Tabung Tentera, UDA, Perbadanan Kerajaan Negeri sekadar menyebut beberapa agensi. Ekuiti individu Bumiputera tidak sampai pun 5%.

Dasar Pembangunan Nasional telah bermula sejak 1990-2020 tetapi sehingga kini kaum Bumiputera masih di takuk lama juga. Tahun 2004 tidak banyak bezanya dengan 1990. Ini di sebabkan krisis kewangan 1997-1998 yang mana syarikat Bumiputera telah banyak bungkus dan bangkrap termasuk syarikat gergasi yang di senarai papan utama & kedua di BSKL. Malah anak syarikat kerajaan-kerajaan negeri seperti SEDC Negeri, contoh Johor Corporation juga tidak terkecuali dari jatuh nilai syer nya. Mata Indeks di BSKL telah jatuh meredum sehingga 400 mata. Sungguh dasyat sekali pukulan kali ini. Nilai mata wang Ringgit juga jatuh di bandingkan dengan Dolar Amerika.

Terkini pula hebuh riuh di perkatakan begitu ramai graduan menggangur. Dari 80,000 pelajar IPTA/IPTS yang menggangur majoritinya adalah dari kalangan Bumiputera/Melayu. Ini sungguh mendukacitakan. Adakah salah kerajaan? Atau salah pelajar itu sendiri? Bermacam andaian di keluarkan. Ada yang kata pelajar Melayu pilih kerja, lemah Bahasa Inggeris, lemah IT, lemah berkomunikasi, tidak ada ketrampilan semasa temuduga kalau di bandingkan dengan pelajar bukan bumiputera, salah pilih kursus dan macam-macam lagi andaian. Mungkin ada yang betul dari banyak-banyak andaian tersebut tetapi sampai bila perkara ini akan berlaku. Dulu 1985-1987 telah berlaku, juga 1997-1998 dan sekarang 2004. Bermacam program telah dilakukan pihak kerajaan seperti Skim Latihan Graduan, kursus Keusahawanan Graduan, Skim Khas Graduan untuk kerja sementara di jabatan kerajaan dengan elaun nya dan sebagainya. Ada program yang berjaya meringankan beban pengangguran dan ada juga yang gagal.

Berdasar senario diatas sudah tentu kita dapat menilai tentang program akademik di IPTA/IPTS tidak mampu memberi pekerjaan kepada graduan. Pihak swasta terutamanya akan lebih memerlukan pelajar yang benar-benar terlatih, berwibawa, rajin berusaha tanpa wawasan, berkomunikasi dengan baik sama ada bahasa Malaysia dan Inggeris melalui penulisan dan percakapan dan bekerja secara pasukan (team work).

Pihak kerajaan harus berganding bahu dengan pihak swasta untuk menyelesaikan masalah dan cabaran masa depan yang lebih menakutkan lagi kalau di ambil kira keadaan pasaran global. Harga minyak di pasaran antarabangsa telah mencecah US$140 satu tong. dan ada ura-ura akan dinaikkan kepada US$200 se tong. Bila harga minyak naik sudah tentu secara langsung akan menjejaskan ekonomi negara dan rakyat juga akan terasa perit hidupnya.

+ Latar Belakang
+ Program & Kursus
+ Senarai Pelanggan
+ Profile Syarikat
+ Carta Organisasi
+ Produk
++Pengenalan
Quite possibly the most powerful liquid antioxidant
program in the world!